Joey BPR

Johari bin Mat Rozekhi atau lebih dikenali sebagai Joey BPR merupakan vokalis kumpulan rock terkenal di Malaysia iaitu Bumiputra Rockers atau singkatannya, BPR. Mulai aktif dalam bidang muzik seawal tahun 1980, anak kelahiran Johor Bahru, Johor ini pernah menghasilkan album bersama kumpulan Split Times pada tahun 1982 sebelum bergabung dengan 4 orang rakannya iaitu Awang (lead), Enal (dram), Yem Bai (bass) dan Yem C (2nd lead) untuk menubuhkan BPR pada tahun 1985.Bersama BPR, Joey banyak mengecapi populariti dalam dunia rock tanah air dengan empat album pertama BPR iaitu Selamat Pagi Malaysia (1986), Bisa (1987), Kelab Jiwa Luka (1990) dan Era 90'an (1991) sebelum meninggalkan kumpulan tersebut pada tahun 1992 disebabkan masalah pada peti suaranya.

Joey BPR

Pekerjaan Penyanyi, Komposer, Penulis Lirik
Nama lahir Johari bin Mat Rozekhi
Pengkarya berkait BPR
Kelahiran Johor Bahru, Johor
Tahun aktif 1980